Home > Departments > Mother Tongue > Malay Language

Malay Language

Visi

Setiap pelajar fasih dan cekap berbahasa Melayu serta berkelakuan yang mencerminkan nilai-nilai murni budaya dan bangsa.

Misi

Mencetus minat dan menyemai cinta kepada bahasa Melayu dalam diri para pelajar melalui penghayatan sastera dan budaya Melayu.

Visi dan Misi akan dicapai dengan adanya program-program yang menjadi wadah buat para pelajar untuk terus memperkasakan Bahasa Melayu. Program-program yang dijalankan menyentuh pelbagai aspek kemahiran seperti mendengar, membaca, bertutur dan menulis.

Program Membaca

iRead@Fuhua
Program membaca di Sekolah Rendah Fuhua menarik minat para pelajar yang mempunyai keperluan yang pelbagai. Mereka akan didedahkan kepada bahan-bahan bacaan yang berbeza seperti buku-buku cerita pelbagai genre, majalah Riang Ria serta Berita Harian dengan keluaran GenG. Para pelajar turut digalakkan menjalankan latihan atau aktiviti berdasarkan tahap kemampuan dan kebolehan mereka.

Program Bertutur

iSpeak@Fuhua
Program ini menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan yakin, fasih dan kerap. Program berstruktur ini menerapkan elemen pembelajaran secara kendiri atau kolaboratif di antara pelajar.
 
Para pelajar diberi wadah untuk melatih kemahiran bertutur mereka. Dalam masa yang sama mereka juga menerima maklum balas tentang pencapaian mereka daripada guru dan rakan-rakan sedarjah mereka. Para pelajar akan menggunakan rubrik yang ringkas untuk memberi maklum balas tersebut dan sekaligus membantu mereka untuk melihat bagaimanakah mereka boleh memperbaiki kemampuan diri mereka.
 
Antara Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan
  • Unjuk  & Ujar
  • Perbincangan di alam maya (Forus / Bilik Sembang Siber)
  • Pentas Kami (Menunjukkan bakat seperti berlakon, menyanyi dan lain-lain)

ICT @ Fuhua

Pembelajaran Bahasa Melayu bertambah menarik lagi apabila para pelajar didedahkan kepada perincian serta alat-alat teknologi maklumat yang tersedia dengan meluas pada masa kini. Di Sekolah Rendah Fuhua, teknologi maklumat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi meningkatkan khususnya kemahiran bertutur dalam diri para pelajar.
 
Antara Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan
  • Portal 10’ M untuk murid-murid darjah rendah
  • Portal iMTL untuk murid-murid darjah 4
  • VoiceThread untuk murid-murid darjah atas